mata duitan

Tuesday, October 5, 2010

tak suka uncle ariff!

masa ummy tengah siap2kan bilik kat rumah nenek, untuk me and B. abbas masuk bilik dan berkata. (A - abbas, U - ummy) note: suara abbas sexy. serak2 basah you! hehe

A: cek cik. cantiknya bilik ni.
U: yeke cantik?

A: aah. kenapa cek cik kemas?

U: cek cik kemas sebab nanti cik da nak balik. nak tidur sini.

A: yay! cik da balik. abang sayang cik da!

U: abang ingat tak cik da?

A: ingat. hari tu cik da datang rumah abang.

U: abang ingat tak cik da dah kahwin?

A: mana ada cik da kahwin!!!

U: kan abang pergi cik da kahwin kat JB dulu.

A: diam. *merajuk*


hihi manis sungguh kanak2 ini tau. jarang2 jumpa since we all dah tak duduk JB. tapi dia memang budak bijak dan lasak! penattttt nak mengasuh nyaaa

masa I kawen memang dia tak suka. dia tak akan go near ariff. dia fikir macam cik da dah kena rampas. siap masa family dah balik dari majlis bertandang dia cakap kat baba dia, baba, jomla amek cikda. kenapa tinggal cikda kat sana?

heheh comel. masa i jumpa dia masa raya. . .

me: abang, sayang cik da tak?
A: sayanggg!

me: meh sini nak kissss. muaahhh! (menriba abbas) kenal tak ni sapa? (tunjuk ariff)

A: geleng kepala (tak tengok ariff)

me: ni suami cik da tau. ingat tak? cikda kan da kahwin.

A: geleng kepala. muka masam.

me: pergi kat uncle ariff cepat. salam.

A: tak nakkkkk! (bangun dan lari dan marah!)


ha ha ha! sampailah sekarang no matter how nice ariff tried to be with him, he rejects. hehe.

they are the sweetest. masa duduk JB, i watched them grow sebab family dia selalu datang rumah. sampaikan khalif yg ummy jaga pun jealous kalau budak2 ni ada. terus dia pun panggil i cikda. tiba tiba! cikda dengar cakap khalif niii! haha attention seekers semua budak2 ni!

sekarang, tengok2 je dah besarrrrrrr.

ni fairuz wirdani, eyush. kakak abbas. dah darjah 1. malas buat homework sebab dia kata terlalu senang dan boring. gulp!

abbas yang tak suka uncle ariff! hehe. 3 years oldd++ kot

umar yang sangat lah comellllllllllllll. 9 months.

hehe. comel kan semua? budak2 memang besh. kalau layan memang last2 kita yang akan kena buli. kena jadi kuda? kena dukung dia pastu lari laju2? kena jadi cikgu tadika layan dia orang buat painting? kena jadi story teller masa dia orang nak tidur? tapi kena jawab banyak soalan sampai aku tak reti jawab apa. kena pura2 tidur dengan harapan dia orang tidur tapi last2 aku yang tidur? kena bawa pergi mall jalan2 lepas tu kena kejar dia orang bila dia orang lari?kena dukung bila dia orang penat ngada2 tak nak jalan? kena mandikan dia orang lepas tu kau pun lenjun? kena pujuk dia orang dengan buat muka paling kelakar yang kau tak nak tengok cermin untuk buat dia orang ketawa?

alah banyak lah kan. tu anak2 orang. aku tak berani nak marah. sebab tu kot aku kena buli. hahah. penat lepas jaga tapi time tak ada rindu. dan bila tengok dia orang terkinja2 gembira, lupa semua masalah. kegembiraan yang total.

anak sendiri nanti macam mana? garang tak aku? hehe

parenthood never easy. unless dapat anak taat lemah lembut macam aku. uhuk uhuk. dah kau jangan nak buat cerita dongeng!

tapi seriously, i do think of this at times. i'm going to be a mommy. will i be a good mommy?

i hope so. but one thing that i can be sure of. it aint going to be all easy peasy. but i am sure my life will be greater with this greatest gift from God.

amin. . .

4 comments:

syiekin azam said...

ehehehhee..kiut kan budak2? kalo dorg bercerite, beria kita kene dgr..kalo tak dgr, tak tgk dgn sepenoh perhatian, kene marah plak..uhuhuuhh...

same goes to me..1st tau aku pregnant, aku nie bleh ke jd mama? nak kene jage baby yg baru lahir(which is aku mmg tak suke pgg baby lembek2 nie..takut..), nak mandikan, bg susu, ajar jd budak soleh/solehah..sumernye menakutkan aku..ahahahha..rase mcm budak2 jek lagi, tp dh pregnant..(ahahha perasan mude!!)

tp, bile dh deliver, automatically naluri keibuan tue ade dlm diri..cheewaahhh..aish pon ok je setakat nie bawah jagaan aku n hubby..alhamdulillah..semoga faiz zhafran jd anak yg soleh, blajar rajin2 tau..t keje elok2, bawak mama gi gold coast..:))

so, to mama ederq, gud luck for the next phase(next year)..bile dah ade baby, tanggungjawab kita pon bertambah..penat tp menyeronokkan..believe me!!!

so take care mama ederq..t gi reunion tak? bleh aish jumpe mama ederq..

ederq said...

kin: doakan aku n ariff dpt jadi parents yg baikkk.
aish, aunty doakan aish jadi anak yg baik, menenangkan dan jadi penawar hati mama n papa. :)

aku x pg reunionnnnnn. huhuhuhu

ettymelladikboy said...

abbas jeles sgt lah tu. ya ampun,mata dia sangat kacak!!

ederq said...

etty: teramat sgt2 hihi