mata duitan

Tuesday, October 19, 2010

rumah sendiri

rupanya dah kena start bayar interest rumah. 3 bulan dah punn.

bulan lepas kot kita orang pergi tengok perkembangan dia. dah nak naik bumbung tingkat atas.

sepatut siap hujung tahun depan, harap2 betul lah. duit nak beli perabot segala macam pulak lah lepas ni! dangggg!

nak masuk peraduan Eric Leong lah. nanti dia deco 1 rumah cakap, cantik takkkkk??! heheh

saya dah berhenti survey hal hiasan rumah sebab asyik tengok barang baby je. hehe. lambat lagi pun.

tak sabar pun ada nak duduk rumah sendiri. tapi B asyiklah kata dia nak duduk weekend je sebab nak suruh ummy jaga our baby. tak harap babysitter.

hmmphh. saya tak berapa nak setuju sebab saya nak merasa berdikari juga. insya allah boleh cari baby sitter yang baik untuk baby nanti. lagipun masa tu baby dah setahun kot.

ummy abah pulak jenis tak kisah. nak stay, boleh, nak pindah pun boleh. pandai2 bincang. tapi seboleh2nya sebelum rumah siap, abah minta sangat kita orang jangan pindah lagi. ni abah cakap masa sebelum abah pergi haji. baru saya tahu. huhu

lagipun ummy nak sangat jaga bakal cucu dia. jangan naik lemak dah ya baby! dok dengan nenek. hehe. eh tapi ummy kata dia tak nak panggil nenek sebab nampak tua. nak panggil tok mi.

fine fine ummy. hehehe.

dan oh ya, baru teringat. harga rumah yang kita orang beli tu dah naik hampir 40% dari harga kita orang beli dulu.

dangg!

kalau harga tu awal2 dulu memang tak terbeli lah. mujurlah dah beli, alhamdulillah.

4 comments:

NURUL said...

wahhh dah ada rumah sendiri . best kan

ederq said...

nurul: rasa lega je. blom rasa best sebab belum siap. :p

meezameez said...

tetibe nanti baby kau sama dgn baby sitter miqael hihi. xpe, nanti miqael tolong jagakan sekali haha.

gelaran nenek itu nak sama dah dgn mak akuuuu. miqael panggil mak aku tok ma hihi

ederq said...

haha kalau bb sitter kau best mmg aku nk letak sekali. hihih. abg miqael tlg jaga. nt besar leh pegi skola sama2! haha. mcm kita dlu, naik basikal! hihi