sedang buat kerja sambil dengar playlist lagu Raihan. rupanya aku banyak hafal lagu dia. hihi.
dan teringat masa kecil2, adik bongsu aku, Aiman suka sangat kat Raihan. kalau pergi mana2 dalam kereta tak boleh pasang radio / tape lain. mesti nak Raihan. berapa kali ulang tak tahu lah.
patutlah aku hafal!
sampai ummy abah dah boring sangat sampai kena cakap, Raihan dah penat. kena tukar radio lain. hehe barulah dapat tukar.
oh lepas tu ada lagi satu tape yang akan pasang banyak kali. Exist.
hahah sila gelak. Mamat Exist. tu pun sebab ada lagu Oh Ibu. tu je lagu yang kita orang adik beradik suka. ya betul tak tipu ya betul niii. (perlu ke defensif begini, ederq??!!)
oh cakap pasal lagu ibu, dulu kalau aiman nangis ke apa ke nak suruh dia duduk diam je, suruh dia nyanyi ibu. tapi bukan lagu oh ibu tu.
lagu dalam iklan fernleaf tu. dia nyanyi macam ni sambil peluk ummy,
ibu ibu
engkong ko la
watu hati ku
biyaaa ku berdukaaa
engkonggg hiburkan selaluuu
pelat! hihi.
mmh aku rasa aku rindu ummy kot. hehe. semalam ummy call lagi. ummy dah tak selesema. kak long pun dah tak demam!
:)
No comments:
Post a Comment